Habis meletup kes org buka islam baca/tafsir Al-quran... Masing-masing berkobar dgn hujah masing2. Nak ulas ker tak ??? Baik ulas laa.. Dgn ilmu aku yang sedikit ini nak juga berkongsi.
Ini link2 yang aku jumpa tentang persoalan
1) iloveislam
2) SyiarIslam
3) PSIPUM
4) BINCANG.NET
Sebenarya banyak lagi pandangan2 yang boleh didapati. Ada yang sokong dan juga ada yang menolak.
1) Yang sokong memberi alasan ini akan mendekatkan org bukan islam utk lebih memahami ISLAM. Utk memahami ISLAM sudah tentulah dgn kitab suci Al-Quran dan Sunah Rasulullah saw. Bayangkan bagaimana org bukan ISLAM hendak tertarik pada ISLAM tanpa memahami ISLAM? Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Mereka juga memberi nas2 yang tertentu bagi menyokong pendapat mereka.
2) Golongan yang membantah kerana membahaskan bacaan mereka tidak betul dan ikut hukum tajwid serta mengatakan mereka ini mempersendakan ISLAM.
Pendapat aku: Lebih pada pendapat boleh. org bukan islam boleh membaca,memegang dan menghafal Al-quran. dan aku juga berharap mereka menghormati Al-Quran dgn tidak membuat perkara yang tidak elok. Cumanya jika mentafsir ada baiknya mereka ini mendapatkan nasihat daripada ustaz2 dan juga org 'alim terlebih dahulu utk memastikan betul atau tidak bagi mengelakan salah faham kepada org Isalm yang lain. Tentang hukum tajwid itu saya rasa masih boleh ditegur dan diperbetulkan..
Lagipun berapa ramai org Islam yang membaca sahaja tanpa mengentahi maksud ayat2 Al-Quran? Saya sendiri belum dspst menghafal Al-Quran. Cuma ada beberapa surah yang dapat dihafal dan difahami maksudnya.
Cthnya Surah Al-Fatiah sendiri jika kita menghayati masudnya begitu luas pengertianya dan boleh buat kita menangis keinsafan dan ketaqwaan.
Apa-apapun kita sebagai umat Islam perlulah memahami Al-Quran. Sesunguhnya Al-Quran diturunkan utk menyuluh ke Jalan yang benar.
Wednesday, December 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kalau mrk nk blaja dgn org islam...(mostly) mmg diaorang x tertarik la..sbb org islam x pamerkan islam yg sbnr...
Post a Comment