BERSIH'S 8 DEMANS

1. Clean the electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use of indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institutions
8. Stop dirty politics

Monday, November 29, 2010

Cheng Ho Datang & Pulang Dengan 1001 Makna

Ekspo Cheng Ho yang telah berakhir di Negeri Kelantan sudah pasti tercatat dalam lipatan sejarah negeri Kelantan sekurang2nya sedekad lagi. Ekspo perdagangan yang pertama ini di Kelantan akan memperkenalkan negeri Kelantan kepada negara luar. Sudah pasti banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang ekspo ini oleh peserta dan juga pengunjung ekspo tersebut.

Sekalung tahniah kepada ajk-ajk serta sukarelawan yang bertungkus lumus selama 7 hari tuk menjayakan ekspo ini.. diharapkan negeri Kelantan akan bertambah maju dan makmur pada masa hadapan.

Maju bersama Islam.. Gunaka formula kita sendiri utk memajukan negeri serta negara.
Sudah tentu formula kita hendaklah bersandarkan ajaran-ajaran Islam. Sesunguhnya Islam itu pelengkap hidup manusia.

.info

Sunday, November 21, 2010

Kalau kita di tempat mereka sedih kan?

Assalamualaikum

Semalam,aku diajak teman serumah untuk ke Malaysia Hall Sydney.Katanya,ada sembang-sembang pasal bajet 2011.Aku pun,dah tak ada apa nak buat.pergi je la.Menarik.Perbincangan pertama,pasal Menara Warisan.Masa tu,aku naik ke surau sekejap,memandangkan Isyak dah masuk.Dah selesai solat,turun,dah masuk perbincangan kedua,pasal nak buat entertainment hub dekat Malaysia.Dari pihak pengerusi majlis itu sendiri,dia cakap, peruntukan untuk projek ini adalah sejumlah RM276 juta, dan jumlah ini disediakan oleh pihak swasta,bukan kerajaan.Aku nak tahu,projek entertainment hub ni entertainment yang macam mana?Mujur,cik pengerusi kemudiannya cakap, projek ni untuk bina nightclub.

Hati aku rasa marah bila tengok orang-orang seagama dengan aku mengeluarkan hujah-hujah untuk mempertahankan idea entertainment hub ni.Tanyalah diri sendiri, kalau kita nak jadi baik, kita kena cari contoh yang baik untuk kita teladani. Tak gitu? Aku pun angkat tangan, aku bincang soal Brunei yang baru- baru ini tolak usul nak wujudkan zon arak di negara mereka.Ada orang kerajaan Brunei tolak idea ni.Hujahnya,"Mula-mula mintak zon arak,nanti lama-lama mintak zon zina pulak!Nak minum ,boleh,tapi di negara sendiri,kau nak berenang dalam arak tu sekali pun aku tak kisah".Lebih kurang begitu la orang kerajaan Brunei tu cakap. Doa-doalah tuan-tuan,akan lahir orang macam ni dalam Kabinet kita.Ameen.

Ada sedikit pengalaman yang aku nak kongsikan dengan ahli-ahli majlis perbincangan semalam.Aku sebenarnya nak angkat tangan lagi sekali,tapi,elok aku keluar dari toilet,tengok-tengok dah habis dah perbincangan. Haish

Sebelum aku berangkat ke Australia, aku dapat tawaran jadi guru ganti selama tiga bulan. Aku pun dah lupa apa nama dia,tak salah aku Guru Sambilan Tanpa Ijazah (GSTI).Memandangkan tarikh nak berangkat pun lambat lagi, aku pun terima tawaran ni. Aku ditugaskan untuk mengajar Matematik Moden kelas tingkatan lima. Disebabkan cikgu yang aku 'replace' ni guru tingkatan, aku pun kena jadi guru tingkatan jugak lah.Ambil kedatangan tu biasa lah kan

Sekolah ni dari segi disiplin,memang ada banyak masalah.Aku tak mahu dedahkan apa nama sekolah ni, takut dikatakan memburukkan nama pula. Hari pertama aku masuk, dah ada nampak depan mata, pelajar bergaduh. Aku masih ingat lagi, hari pertama, ada seorang pelajar ni, baling kayu kat aku.Ya,kayu.Kayu kaki meja.Mujur tak ada apa-apa yang buruk terjadi. Bila aku masuk kafe, bersembang dengan guru-guru, tak lain tak bukan isu disiplin pelajar saja yang jadi bahan bualan. Kes bergaduh, ponteng mungkin satu benda biasa di sekolah lain, tapi masalah di sini memang serius. Pelajar bakar sekolah, bergaduh sampai polis datang, merokok, pelajar bakar motorsikal cikgu, hisap ganja, zina, minum arak, berjudi.Lantas, aku cuba tanya cikgu di situ,apa punca masalah disiplin di sekolah tersebut.

Aku berpeluang bersembang dengan salah seorang guru disiplin di situ. Sekolah yang aku mengajar ni, boleh dikatakan hampir 50% adalah pelajar yang tinggal di flat PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) berhampiran. Dia cerita, "Pelajar di sini datang dari keluarga yang bermasalah. Ada yang dari keluarga ibu tunggal, ada yang ayah tinggalkan keluarga macam tu saja,macam-macam lagi lah".Aku tanya lagi,"Takkan tiba-tiba keluarga dapat masalah macam ni,apa punca?".Jawapannya, "Todi (sejenis arak), tu lah puncanya.Bila dah ketagih todi,duit pulak tak ada,terdesak,masuk main judi.Judi kalah,duit makin tak ada, rumahtangga porak peranda,cerai,anak-anak jadi mangsa".Sedih kan?

Aku kena ajar 5 kelas dan 2 daripadanya adalah 2 kelas terakhir,5A8 dan 5A9.Sedih aku tengok pelajar-pelajar ni,daif. Datang sekolah,ada yang pakai selipar sebab tak ada duit nak beli kasut pun, baju koyak,tampal. Ada yang sampai bulan September,masih belum bayar yuran sekolah. Tiap kali aku masuk mengajar, aku kena bawa sekotak pensel dan helaian kertas, sebab ada yang pensel sebatang pun tak ada, apatah lagi sebuah buku.Cubalah banding dengan diri kita masa di sekolah dulu.

KALAU KITA DI TEMPAT MEREKA, SEDIH KAN?

Rekod kedatangan tak usah cerita. Kalau aku di sekolah dulu, kita sebut nama yang tak hadir. Tapi terbalik di sini,sebut nama orang yang hadir. Sedih aku tengok rekod kedatangan kelas ni. Kadang-kadang ja hadir. Secara purata mereka ni paling kurang pernah tak datang sekolah sampai sebulan. Bila ditanya kenapa tak hadir, "Semalam penat kerja".Ditanya lagi,"Ayah kamu tak kerja?" Jawabnya,"Ayah saya dah lama tak duduk dengan kami."Sedih kan? Berapa ramai dari kita yang kerja masa sekolah untuk SARA KELUARGA?Ada pernah cikgu di sini pergi sendiri ke rumah pelajar yang dah lama tak hadir sekolah. Sedih bila dengar cerita, ada yang nak bayar sewa rumah pun tak mampu,rumah dia bukan macam rumah kita,rumah dia flat PPRT,rate paling murah kat Malaysia.Itu pun beban bagi mereka.

KALAU KITA DI TEMPAT MEREKA SEDIH KAN?

Yang paling menyayat hati bagi aku,ada seorang pelajar perempuan Melayu ni mak dia dah meninggal dunia. Dia tinggal dengan ayah dia di flat tu. Ayah dia berjudi. Sampai satu masa,dah terdesak sangat tak ada duit ,dah tak mampu nak sara pelajar ni.Dia serahkan anak dia kat seorang jiran,berbangsa India. Dia suruh jaga. Allahuakbar. Apa dah jadi dengan Melayu aku ni sampai sanggup serah anak sendiri kat orang minta tolong bela. Ada seorang ustazah pernah tanya pelajar perempuan ni,budak ni balas,"Saya tak kisah saya duduk dengan India pun,janji saya dapat datang belajar di sekolah"Allahuakbar.Cuba bayang sendiri,kalau perkara ni jadi kat diri kita. Cuba bayangkan kalau hidup kita ditukar dengan hidup mereka.

KALAU KITA DI TEMPAT MEREKA SEDIH KAN ?

Pernah sekali pihak sekolah anjur gotong-royong bersihkan flat PPRT tu. Program ni dapat kerjasama dari pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani sendiri. Ada pegawai majlis cakap, "Kalau di Sungai Petani, kawasan ni lah jenayah paling tinggi".Sedih kan kalau kawasan rumah kita terkenal sebab jenayah ? Semasa program tu berlangsung, yang ramai ibu-ibu, yang ayah-ayah hilang entah ke mana. Ada yang siap baling sampah dari tingkat atas lagi. Allahurabbi.

KALAU KITA DI TEMPAT MEREKA SEDIH KAN ?

Saudara saudari sekalian, tak nampak ka apa arak dah buat kat bangsa kita ? Bagaimana rosaknya bangsa kita sebab arak ni? Bagaimana deritanya kehidupan orang Melayu sebab arak ? Tuan-tuan mungkin tak rasa apa-apa,sebab benda ni tak jadi kat tuan-tuan,CUBA BAYANG BENDA NI JADI BETUL-BETUL KAT TUAN-TUAN?

Cuba bayang yang minum arak tu orang yang kita sayang sangat-sangat. Cuba bayang orang yang ketagih minum arak tu mak kita, ayah kita, suami kita, isteri kita, tunang kita, abang kita, adik kita, kakak kita. Cuba tuan-tuan bayang tuan-tuan. Tak kan tak timbul sedikit pun rasa marah dalam hati tuan-tuan bila mana orang nak tambah lagi tempat minum arak untuk orang tersayang tuan-tuan? Tuan-tuan masih berupaya berkata,"YES,GO AHEAD" ?Tuan-tuan percaya yang lagi banyak tempat minum,lagi cepat mak tuan-tuan berhenti minum arak?

Kalau tuan-tuan waras,tak mungkin tuan-tuan akan redha dengan benda macam ni. Kalau projek nightclub macam ni diluluskan,cuba bayangkan, apa perasaan seorang isteri yang terpaksa usung suami balik rumah sebab mabuk di nightclub?Apa perasaan seorang ibu yang dah habis ikhtiar untuk selamatkan anak yang ketagih arak? Apa perasaan anak-anak seperti di sekolah yang saya bertugas ni ?

Biar apa pun parti yang kita sokong, kalau dia buat kesalahan, kita kena betulkan, bukan cari alasan nak menghalalkan kesalahan tersebut. Kalau yang ada kuasa pun sokong, haru-biru la kita yang di bawah. Sebagai penutup, luangkanlah masa sedikit untuk layan video di bawah.Tak lama.10 minit saja. Jangan baca tajuk terus tak mahu tengok. Kalau tak ada masa sangat, tengok dari 7:30 minit.

Video

Saya bukan nak tunjuk pandai, tapi ini apa yang saya lalui yang patut kita fikir dengan teliti. Ingat tuan-tuan,kalau tuan-tuan setuju dengan cadangan nightclub ni,CUBA BAYANG MAK TUAN-TUAN SENDIRI YANG MINUM ARAK.

Sekian,wassalam

Ihsan: Muhamad Suffian Salahudin

Saturday, November 20, 2010

Cheng Ho Expo 2010







Cheng Ho Expo is the first of its kind international trade exhibition to be organized by the Kelantan State Government in Kota Bharu, Kelantan, featuring more than 300 companies from countries around the world.

In celebration of 600th anniversary of Admiral Cheng Ho Naval expedition to Malaysia, the Expo will be highlighting his life and voyages that had made tremendous strides in bringing social, cultural and economic values towards greater unity and prosperity to the world at his time, thus named "Cheng Ho Expo 2010".

Set against this historical background, the Kelantan State Government is proud to organize the Expo with the objective to create a valuable platform of trade and investment opportunities to our exhibitors and visitors, both local and international, while playing the role model of Admiral Cheng Ho in promoting unity among Muslims by the value and in establishing trade collaboration and diplomatic alliance among different countries.

To be held over a 6-day period from November 21-26, 2010, the exhibition will provide a dynamic business avenue that brings together business fraternities from a wide spectrum of industry sectors to explore trade opportunities, which include tourism industry, halal food, Islamic Banking and Finance industry, biotechnological and agricultural products and many more, under one roof. It will also be incorporated with talks and forums to be presented by prominent Chine businessmen, diplomats and young entrepreneurs.

In all, Cheng Ho Expo 2010 is the best focal meeting point that attracts both domestic and international participants to come to interact, transact and source for various products and services.


info: disini

p/s: Di harapkan program ini akan menambahbaikan pelaburan ke negeri KELANTAN
Kat surat Khabar utama rasanya tiada berita begini.. sebab itulah aku nak promosi. walaupun baru start.



On semula..




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lamanya aku tak update blog ini..
sebelum ini bersemangat nak selalu aktif memberikan info2 menarik,
tp entah mengapa aku stop.
Baru teringat ada blog yg dah on tapi tak aktif..
Ruginya terasa.. Tahun depan punya aim adalah sekurangya sebulan sekali nk memberikan komen tak kiralah hal2 semasa atau ilmu2 lain..
okey, kepada kekawan disana tolong berikan sokongan anda..

Baru baru ini ada join satu page menentang rancangan kerajaan utk membina menara 100 tingkat, yang telah diumumkan dalam bajet 2011.


Banyak pendapat boleh diambil disini..
Sudah tentulah ada pro dan kontranya..
Apa yg aku suka page ini kerana semua org bebas bersuara.
Walaupun ada 1-2 org yg extream(dimana dipangil troll @pengacau)

Apa yg aku harapkan kerajaan tidak akan membina menara 100 tingkat ini kerana pada pendapat aku, menara ini tak kena pada tempat dan masanya serta membazir.

Apa2 pun aku sebagai rakyat biasa hanya dapat membantah,
keputusan ditangan pemerintah. Selaamt berjaya rakan2 ku di page sana
hapuskan pembaziran