BERSIH'S 8 DEMANS

1. Clean the electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use of indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institutions
8. Stop dirty politics

Sunday, November 21, 2010

Kalau kita di tempat mereka sedih kan?

Assalamualaikum

Semalam,aku diajak teman serumah untuk ke Malaysia Hall Sydney.Katanya,ada sembang-sembang pasal bajet 2011.Aku pun,dah tak ada apa nak buat.pergi je la.Menarik.Perbincangan pertama,pasal Menara Warisan.Masa tu,aku naik ke surau sekejap,memandangkan Isyak dah masuk.Dah selesai solat,turun,dah masuk perbincangan kedua,pasal nak buat entertainment hub dekat Malaysia.Dari pihak pengerusi majlis itu sendiri,dia cakap, peruntukan untuk projek ini adalah sejumlah RM276 juta, dan jumlah ini disediakan oleh pihak swasta,bukan kerajaan.Aku nak tahu,projek entertainment hub ni entertainment yang macam mana?Mujur,cik pengerusi kemudiannya cakap, projek ni untuk bina nightclub.

Hati aku rasa marah bila tengok orang-orang seagama dengan aku mengeluarkan hujah-hujah untuk mempertahankan idea entertainment hub ni.Tanyalah diri sendiri, kalau kita nak jadi baik, kita kena cari contoh yang baik untuk kita teladani. Tak gitu? Aku pun angkat tangan, aku bincang soal Brunei yang baru- baru ini tolak usul nak wujudkan zon arak di negara mereka.Ada orang kerajaan Brunei tolak idea ni.Hujahnya,"Mula-mula mintak zon arak,nanti lama-lama mintak zon zina pulak!Nak minum ,boleh,tapi di negara sendiri,kau nak berenang dalam arak tu sekali pun aku tak kisah".Lebih kurang begitu la orang kerajaan Brunei tu cakap. Doa-doalah tuan-tuan,akan lahir orang macam ni dalam Kabinet kita.Ameen.

Ada sedikit pengalaman yang aku nak kongsikan dengan ahli-ahli majlis perbincangan semalam.Aku sebenarnya nak angkat tangan lagi sekali,tapi,elok aku keluar dari toilet,tengok-tengok dah habis dah perbincangan. Haish

Sebelum aku berangkat ke Australia, aku dapat tawaran jadi guru ganti selama tiga bulan. Aku pun dah lupa apa nama dia,tak salah aku Guru Sambilan Tanpa Ijazah (GSTI).Memandangkan tarikh nak berangkat pun lambat lagi, aku pun terima tawaran ni. Aku ditugaskan untuk mengajar Matematik Moden kelas tingkatan lima. Disebabkan cikgu yang aku 'replace' ni guru tingkatan, aku pun kena jadi guru tingkatan jugak lah.Ambil kedatangan tu biasa lah kan

Sekolah ni dari segi disiplin,memang ada banyak masalah.Aku tak mahu dedahkan apa nama sekolah ni, takut dikatakan memburukkan nama pula. Hari pertama aku masuk, dah ada nampak depan mata, pelajar bergaduh. Aku masih ingat lagi, hari pertama, ada seorang pelajar ni, baling kayu kat aku.Ya,kayu.Kayu kaki meja.Mujur tak ada apa-apa yang buruk terjadi. Bila aku masuk kafe, bersembang dengan guru-guru, tak lain tak bukan isu disiplin pelajar saja yang jadi bahan bualan. Kes bergaduh, ponteng mungkin satu benda biasa di sekolah lain, tapi masalah di sini memang serius. Pelajar bakar sekolah, bergaduh sampai polis datang, merokok, pelajar bakar motorsikal cikgu, hisap ganja, zina, minum arak, berjudi.Lantas, aku cuba tanya cikgu di situ,apa punca masalah disiplin di sekolah tersebut.

Aku berpeluang bersembang dengan salah seorang guru disiplin di situ. Sekolah yang aku mengajar ni, boleh dikatakan hampir 50% adalah pelajar yang tinggal di flat PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) berhampiran. Dia cerita, "Pelajar di sini datang dari keluarga yang bermasalah. Ada yang dari keluarga ibu tunggal, ada yang ayah tinggalkan keluarga macam tu saja,macam-macam lagi lah".Aku tanya lagi,"Takkan tiba-tiba keluarga dapat masalah macam ni,apa punca?".Jawapannya, "Todi (sejenis arak), tu lah puncanya.Bila dah ketagih todi,duit pulak tak ada,terdesak,masuk main judi.Judi kalah,duit makin tak ada, rumahtangga porak peranda,cerai,anak-anak jadi mangsa".Sedih kan?

Aku kena ajar 5 kelas dan 2 daripadanya adalah 2 kelas terakhir,5A8 dan 5A9.Sedih aku tengok pelajar-pelajar ni,daif. Datang sekolah,ada yang pakai selipar sebab tak ada duit nak beli kasut pun, baju koyak,tampal. Ada yang sampai bulan September,masih belum bayar yuran sekolah. Tiap kali aku masuk mengajar, aku kena bawa sekotak pensel dan helaian kertas, sebab ada yang pensel sebatang pun tak ada, apatah lagi sebuah buku.Cubalah banding dengan diri kita masa di sekolah dulu.

KALAU KITA DI TEMPAT MEREKA, SEDIH KAN?

Rekod kedatangan tak usah cerita. Kalau aku di sekolah dulu, kita sebut nama yang tak hadir. Tapi terbalik di sini,sebut nama orang yang hadir. Sedih aku tengok rekod kedatangan kelas ni. Kadang-kadang ja hadir. Secara purata mereka ni paling kurang pernah tak datang sekolah sampai sebulan. Bila ditanya kenapa tak hadir, "Semalam penat kerja".Ditanya lagi,"Ayah kamu tak kerja?" Jawabnya,"Ayah saya dah lama tak duduk dengan kami."Sedih kan? Berapa ramai dari kita yang kerja masa sekolah untuk SARA KELUARGA?Ada pernah cikgu di sini pergi sendiri ke rumah pelajar yang dah lama tak hadir sekolah. Sedih bila dengar cerita, ada yang nak bayar sewa rumah pun tak mampu,rumah dia bukan macam rumah kita,rumah dia flat PPRT,rate paling murah kat Malaysia.Itu pun beban bagi mereka.

KALAU KITA DI TEMPAT MEREKA SEDIH KAN?

Yang paling menyayat hati bagi aku,ada seorang pelajar perempuan Melayu ni mak dia dah meninggal dunia. Dia tinggal dengan ayah dia di flat tu. Ayah dia berjudi. Sampai satu masa,dah terdesak sangat tak ada duit ,dah tak mampu nak sara pelajar ni.Dia serahkan anak dia kat seorang jiran,berbangsa India. Dia suruh jaga. Allahuakbar. Apa dah jadi dengan Melayu aku ni sampai sanggup serah anak sendiri kat orang minta tolong bela. Ada seorang ustazah pernah tanya pelajar perempuan ni,budak ni balas,"Saya tak kisah saya duduk dengan India pun,janji saya dapat datang belajar di sekolah"Allahuakbar.Cuba bayang sendiri,kalau perkara ni jadi kat diri kita. Cuba bayangkan kalau hidup kita ditukar dengan hidup mereka.

KALAU KITA DI TEMPAT MEREKA SEDIH KAN ?

Pernah sekali pihak sekolah anjur gotong-royong bersihkan flat PPRT tu. Program ni dapat kerjasama dari pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani sendiri. Ada pegawai majlis cakap, "Kalau di Sungai Petani, kawasan ni lah jenayah paling tinggi".Sedih kan kalau kawasan rumah kita terkenal sebab jenayah ? Semasa program tu berlangsung, yang ramai ibu-ibu, yang ayah-ayah hilang entah ke mana. Ada yang siap baling sampah dari tingkat atas lagi. Allahurabbi.

KALAU KITA DI TEMPAT MEREKA SEDIH KAN ?

Saudara saudari sekalian, tak nampak ka apa arak dah buat kat bangsa kita ? Bagaimana rosaknya bangsa kita sebab arak ni? Bagaimana deritanya kehidupan orang Melayu sebab arak ? Tuan-tuan mungkin tak rasa apa-apa,sebab benda ni tak jadi kat tuan-tuan,CUBA BAYANG BENDA NI JADI BETUL-BETUL KAT TUAN-TUAN?

Cuba bayang yang minum arak tu orang yang kita sayang sangat-sangat. Cuba bayang orang yang ketagih minum arak tu mak kita, ayah kita, suami kita, isteri kita, tunang kita, abang kita, adik kita, kakak kita. Cuba tuan-tuan bayang tuan-tuan. Tak kan tak timbul sedikit pun rasa marah dalam hati tuan-tuan bila mana orang nak tambah lagi tempat minum arak untuk orang tersayang tuan-tuan? Tuan-tuan masih berupaya berkata,"YES,GO AHEAD" ?Tuan-tuan percaya yang lagi banyak tempat minum,lagi cepat mak tuan-tuan berhenti minum arak?

Kalau tuan-tuan waras,tak mungkin tuan-tuan akan redha dengan benda macam ni. Kalau projek nightclub macam ni diluluskan,cuba bayangkan, apa perasaan seorang isteri yang terpaksa usung suami balik rumah sebab mabuk di nightclub?Apa perasaan seorang ibu yang dah habis ikhtiar untuk selamatkan anak yang ketagih arak? Apa perasaan anak-anak seperti di sekolah yang saya bertugas ni ?

Biar apa pun parti yang kita sokong, kalau dia buat kesalahan, kita kena betulkan, bukan cari alasan nak menghalalkan kesalahan tersebut. Kalau yang ada kuasa pun sokong, haru-biru la kita yang di bawah. Sebagai penutup, luangkanlah masa sedikit untuk layan video di bawah.Tak lama.10 minit saja. Jangan baca tajuk terus tak mahu tengok. Kalau tak ada masa sangat, tengok dari 7:30 minit.

Video

Saya bukan nak tunjuk pandai, tapi ini apa yang saya lalui yang patut kita fikir dengan teliti. Ingat tuan-tuan,kalau tuan-tuan setuju dengan cadangan nightclub ni,CUBA BAYANG MAK TUAN-TUAN SENDIRI YANG MINUM ARAK.

Sekian,wassalam

Ihsan: Muhamad Suffian Salahudin

No comments: